Pencen

 PP.1.2.3 19 4.1 anggota itu berkhidmat dengan agensi swasta tertentu di mana pengalaman dan kepakaran yang diperolehnya didapati sesuai dan boleh memberi manfaat kepada perkhidmatan sektor awam jika beliau bertugas semula dengan Kerajaan; atau 4.2 anggota profesional yang menceburi dalam pengamalan swasta dalam bidang-bidang kepakaran tertentu. 5. Anggota berkenaan harus mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapat kemudahan di bawah Perenggan 94 itu melalui Ketua Jabatannya. Bagi keadaan dalam perenggan 4.1, permohonan hendaklah disertakan dengan surat tawaran daripada agensi swasta itu. Kelulusan JPA perlu diperoleh sebelum anggota itu memberi notis meletakkan jawatan kepada majikannya. Kelulusan itu hendaklah dicatatkan ke dalam Rekod Perkhidmatan anggota berkenaan bagi mempastikan tempoh sebelum perletakan jawatan itu dicantumkan dengan perkhidmatan dalam jawatan baru yang disandangnya jika beliau bertugas semula dengan Kerajaan, untuk maksud pengiraan faedah persaraan. 6. Kelulusan JPA adalah khusus bagi anggota itu berkhidmat dengan agensi- agensi yang dipersetujui sahaja atau mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat kelulusan itu. Sekiranya anggota itu berkhidmat dengan agensi selaindaripada yang ditetapkan itu atau menceburi bidang perniagaan sendiri, tempoh sebelum perletakan jawatan itu tidak boleh dicantumkan dengan perkhidmatannya apabila kembali berkhidmat dengan Kerajaan. PEMBATALAN 7. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1997: Kaedah Mengambilkira Tempoh Perkhidmatan Terputus Di Bawah Perenggan 94 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy