Pencen

 18 CERAIAN PP.1.2.3 KAEDAH MENGAMBIL KIRA TEMPOH PERKHIDMATAN TERPUTUS DI BAWAH PERENGGAN 94, PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 1991 TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menetapkan kaedah pelaksanaan Perenggan 94, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991. LATAR BELAKANG 2. Perenggan 94, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 telah menetapkan bahawa - "Bagi tempoh perkhidmatan yang terputus atas sebab-sebab yang diizinkan dan diselangi dengan perkhidmatan di sektor swasta sebelum berkhidmat semula dengan Kerajaan, hanya tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan boleh diambil kira untuk tujuan perkiraan faedah persaraan." 3. Di bawah Peraturan-Peraturan Pencen 1980, apa-apa tempoh perkhidmatan yang terputus kerana perletakan jawatan oleh seseorang pegawai untuk bekerja dalam sektor swasta tidak boleh dimasuk kira untuk tujuan pengiraan faedah persaraan sekiranya beliau kemudiannya kembali berkhidmat dengan Kerajaan. Perenggan 94, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 ialah satu peruntukan baru yang membolehkan anggota-anggota yang telah menerima opsyen Sistem Saraan Baru (SSB) atau di lantik di bawah SSB untuk mengambilkira tempoh perkhidmatan sebelum perletakan jawatan sedemikian dengan syarat bahawa perletakan jawatan itu adalah atas sebab-sebab yang diizinkan. PELAKSANAAN Kaedah Pelaksanaan Perenggan 94 4. Kemudahan di bawah Perenggan 94 itu hanya melibatkan anggota tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan. Keadaan-keadaan yang boleh diberi kemudahan itu adalah seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy