Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

1-1 BAHAGIAN I PENDAHULUAN 1. Buku Pekhidmatan adalah merujuk buku bernombor Am 274 yang disediakan khusus bagi merekodkan maklumat peribadi, perkhidmatan, cuti dan kelakuan untuk setiap pegawai awam. Kandungan Buku Perkhidmatan 2. Buku Perkhidmatan mengandungi empat (4) Bahagian iaitu: 2.1 Maklumat Peribadi untuk merekodkan butir-butir peribadi pegawai; 2.2 Kenyataan Perkhidmatan untuk merekodkan peristiwa penting dan maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan pegawai di sepanjang tempoh perkhidmatannya mulai dari tarikh pegawai dilantik sehingga perkhidmatannya berakhir sama ada kerana persaraan, meninggal dunia, dibuang kerja, meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan; 2.3 Kenyataan Cuti untuk merekodkan semua maklumat mengenai cuti pegawai sepanjang tempoh perkhidmatannya; dan 2.4 Lembaran Kelakuan untuk merekodkan semua maklumat mengenai anugerah, pujian dan hukuman tatatertib.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy