Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

11 CERAIAN PO.1.1.3 PANDUAN MENGURUSKAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memberi panduan kepada agensi awam dalam menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan supaya maklumat yang direkodkan lebih teratur, lengkap dan seragam. DEFINISI 2. Dalam Ceraian ini: “Buku Perkhidmatan Kerajaan” (selepas ini dirujuk sebagai Buku Perkhidmatan) bermaksud buku bernombor Am 274 yang disediakan khusus bagi merekodkan maklumat peribadi, perkhidmatan, cuti dan kelakuan untuk setiap pegawai awam; “Ketua Jabatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat kementerian, jabatan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri, daerah atau di luar negara, mengikut mana-mana yang berkenaan; “Pegawai” bermaksud semua kategori pegawai lantikan tetap, sementara, kontrak atau guru sandaran terlatih; “Rekod Perkhidmatan” bermaksud semua dokumen yang mengandungi maklumat pegawai sama ada dalam bentuk hard copy dan/atau soft copy seperti fail peribadi, buku perkhidmatan dan sistem maklumat berkomputer; dan “Sektor Awam” bermaksud perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy