Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-48 Penggunaan Perkhidmatan Internet 9.10. Internet adalah rangkaian komputer secara global yang menyediakan pelbagai maklumat sebagai alat untuk meningkatkan prestasi, keupayaan dan produktiviti kerja pegawai dan jabatan. Pegawai hendaklah mendapatkan kemahiran menggunakan kemudahan internet. 9.11. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan pegawai menggunakan kemudahan internet mengikut etika, garis panduan dan prosedur keselamatan penggunaan internet yang ditetapkan. 9.12. Pegawai hanya boleh melayari laman web yang dibenarkan sahaja dan dilarang melayari, menyedia, memuat naik (upload), memuat turun (download) dan menyimpan laman web yang mengandungi unsur-unsur lucah, hasutan dan ancaman terhadap keselamatan negara. 9.13. Pegawai adalah dilarang menggunakan kemudahan internet untuk tujuan peribadi seperti memuat turun, menyimpan serta menggunakan perisian berbentuk hiburan (permainan elektronik, video, muzik, gambar, chatting atau seumpamanya) yang boleh mengganggu kestabilan talian rangkaian (networking). 9.14. Pegawai bertanggungjawab mematuhi sepenuhnya etika, garis panduan dan prosedur keselamatan internet yang ditetapkan. E-mel 9.15. E-mel adalah aplikasi yang membolehkan komunikasi berbentuk mesej elektronik dilakukan lebih dari dua hala dengan cara yang pantas. E-mel hendaklah digunakan mengikut prosedur dan kaedah yang betul dan disesuaikan pemakaiannya mengikut keperluan Jabatan. Penggunaan e-mel tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dan boleh ditarik balik jika pegawai menyalahi peraturan. 9.16. E-mel adalah merupakan rekod awam. Ketua Jabatan hendaklah menghantar rekod yang tidak lagi aktif yang mempunyai nilai arkib mengikut format dan prosedur yang ditetapkan kepada Jabatan Arkib Negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy