Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-16 Tanggungjawab Ketua Jabatan 2.15. Semua Ketua Jabatan bertanggungjawab: (a) mendapatkan contoh Sijil Penghargaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan mencetaknya untuk keperluan masing- masing; (b) memastikan Sijil Penghargaan diberikan kepada setiap pegawai yang layak; dan (c) menganjurkan majlis penyampaian Sijil Penghargaan kepada pegawai yang akan menerima sijil mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Pewartaan Langkah Pewartaan 2.16. Semua pelantikan dan kenaikan pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai yang dilantik atau dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Jabatan di peringkat negeri dan ke atas hendaklah disiarkan dalam Warta Kerajaan. Bagi penyandang sesuatu jawatan yang dikehendaki oleh undang-undang supaya disiarkan dalam Warta Kerajaan, iaitu tanpa mengira kumpulan atau gred jawatan berkenaan, tindakan menyiarkan dalam Warta Kerajaan hendaklah diuruskan tanpa sebarang pengecualian. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan kehendak undang-undang itu dipatuhi. Pewartaan hendaklah dalam bentuk yang diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara. 2.17. Ketua Jabatan hendaklah mewartakan pengosongan sebarang jawatan yang penyandangnya telah disahkan sebagai tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan mengikut peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy