Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-14 2.9. Selaras dengan tujuan penilaian, Ketua Jabatan bertanggungjawab: (a) menentukan arah haluan, matlamat dan sasaran kerjaorganisasi; (b) memastikan sistem kerja yang berkesan bagi mencapai sasaran kerja tahunan yang ditetapkan; (c) mendapatkan komitmen daripada segenap lapisan pegawai melalui gaya pengurusan penyertaan (participative management), dan (d) memberi penekanan kepada pembangunan kerjaya pegawai. Pemupukan Budaya Kerja Positif 2.10. Dalam usaha mewujudkan budaya kerja yang positif di sesebuah jabatan, Ketua Jabatan hendaklah secara berterusan melaksanakan peranan seperti berikut: (a) mewujud dan memupuk semangat bekerja sebagai satupasukan; (b) memiliki dan menampilkan ciri kepimpinan yang baik dan berkesan; (c) memberi tunjuk ajar, kaunseling dan bimbingan (mentoring and coaching), (d) memberi tanggungjawab dan kepercayaan kepada pegawai bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan; dan (e) memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai yang telah memberi sumbangan kepada organisasi, Kerajaan dan negara. Pembangunan Modal Insan 2.11. Ketua Jabatan bertanggungjawab membangunkan sumber manusia supaya berpotensi dan berupaya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Matlamat ini boleh dicapai melalui tindakan berikut: (a) merancang dan mengelola program latihan yang sesuai di dalam dan di luar jabatan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy