Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-8 Khidmat Nasihat 1.22. Ketua Jabatan hendaklah berhubung dengan agensi berikut untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan: (a) Perundangan: Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat perundangan. (b) Kewangan: Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Audit Negara mengikut mana yang berkenaan. (c) Keselamatan: Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia mengikut mana yang berkenaan. (d) Keselamatan ICT: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). (e) Personel: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (f) Sistem dan Cara Kerja: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). (g) Pengurusan Rekod Kerajaan: Jabatan Arkib Negara. Penyelarasan dan Pemantauan 1.23. Ketua Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri hendaklah sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan agensi di peringkat negeri atau daerah bagi tujuan penyelarasan dan pemantauan aktiviti. Aktiviti yang digalakkan adalah seperti bermusyawarah, majlis taklimat, majlis dialog, lawatan dan pemeriksaan. Di samping itu Ketua Jabatan boleh mengadakan program kemasyarakatan, sukan, keagamaan dan aktiviti lain yang sesuai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy