Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-6 Kaedah Komunikasi Lain 1.17. Ketua Jabatan juga boleh menggunakan kaedah komunikasi terbaru yang diperkenalkan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat (ICT). Perhimpunan Bulanan 1.18. Ketua Jabatan bertanggungjawab mengadakan perhimpunan bulanan di peringkat jabatan masing-masing. Perhimpunan ini bertujuan untuk membolehkan Ketua Jabatan menyampaikan amanat dan maklumat semasa, di samping mengeratkan hubungan di antara warga jabatan. Ruang Pejabat 1.19. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan ruang pejabat mengikut keluasan yang telah ditetapkan. Panduan keluasan bilik pegawai, anggaran ruang kerja dan bilik gunasama hendaklah dibuat mengikut kesesuaian sesuatu jabatan. Kebersihan Pejabat 1.20. Setiap pegawai perlu memastikan pejabat dan kawasan sekitarnya bersih dan kemas dengan mengambil tindakan seperti berikut: (a) mengasingkan bahan yang tidak dikehendaki dengan membuangkan yang tidak diperlukan; (b) menyusun atur peralatan yang dibekalkan; (c) membersihkan peralatan, tempat bertugas dan mencegah segala kecacatan terutama selepas bertugas; dan (d) memelihara kebersihan setiap masa dengan menyimpan dokumen di tempat yang ditetapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy