Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-1 BAHAGIAN I PENGURUSAN AM PEJABAT Peranan Kerajaan 1.1. Kerajaan bertanggungjawab membangunkan negara untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Untuk mencapai hasrat yang dimaksudkan, Kerajaan telah menubuhkan pelbagai jabatan dan agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksana dasar dan rancangan dengan cekap dan berkesan. Semasa melaksanakan tanggungjawab tersebut, usaha berterusan sentiasa dilakukan bagi mengoptimumkan penggunaan segala sumber yang ada bagi mencegah pembaziran dan penyalahgunaannya dan pada masa yang sama para pelanggan, iaitu orang ramai, mendapat perkhidmatan yang terbaik. Tanggungjawab Ketua Jabatan 1.2. Selaras dengan hasrat yang dinyatakan di atas, setiap Ketua Jabatan hendaklah mentadbir agensi masing-masing dengan cekap dan berkesan dengan memberikan tumpuan dan keutamaan khususnya kepada aspek yang berikut: (a) menyedia dan mempamerkan Visi, Misi, Objektif, Fungsi, Slogan Q, Piagam Pelanggan dan carta organisasi peringkat jabatan, bahagian, cawangan dan seterusnya sehingga ke peringkat struktur organisasi yang lebih rendah, mengikut kesesuaian; (b) memastikan semua pegawai memahami dan menghayati Visi, Misi, Objektif, Fungsi, Slogan Q, Piagam Pelanggan Jabatan dan tanggungjawab pegawai terutama kepada mereka yang baru ditempatkan di jabatan itu; (c) menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) jabatan dan memastikan setiap pegawai mempunyai SKT masing-masing; (d) memaklumkan kepada semua pegawai mengenai kepentingan pematuhan kepada peraturan-peraturan berkaitan dengan pengurusan sumber manusia (seperti urusan perkhidmatan, tatatertib dan kemajuan kerjaya), pengurusan kewangan dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy