Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 30 CERAIAN PO.1.1.7 PENURUNAN KUASA MELULUS PENGECUALIAN PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan mengenai peraturan dan kaedah pelaksanaan penurunan kuasa melulus pengecualian peraturan penanggungan kerja perkhidmatan awam seperti berikut: (a) penanggungan kerja melibatkan pelangkauan melebihi dua (2) gred yang lebih tinggi; (b) penanggungan kerja melibatkan organisasi berada di lokasi berlainan dan melebihi lingkungan 25 km; dan (c) penanggungan kerja bagi kerja/tugas yang memerlukan kelayakan, kemahiran atau syarat khas dan lain-lain syarat yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan. LATAR BELAKANG 2. Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam telah dikuatkuasakan melalui Ceraian PO.1.1.6. Sebarang pengecualian peraturan penanggungan kerja perkhidmatan awam adalah di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 3. Selaras dengan usaha untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam, kuasa melulus bagi perkara di perenggan 7 Ceraian PO.1.1.6 ini diturunkan kepada Ketua Jabatan. Penurunan kuasa yang diberikan melalui surat ini tidak boleh diturunkan kepada pegawai selain daripada yang telah dinyatakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy