Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 8 PO.1.1.1 9. Ketua jabatan juga perlu memastikan semua warga jabatan mempunyai tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang baik dari segi aspek lisan dan bukan lisan. Pemantauan, penilaian dan pengauditan secara berkala wajar dilaksanakan mengikut keperluan dengan merujuk kepada agensi atau badan profesional yang sesuai. PEMAKAIAN 10. Ceraian ini pada keseluruhannya turut dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya pelaksanaan Ceraian ini tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan atau undang-undang semasa yang berkuat kuasa. 11. Walau apa-apa pun yang terdapat dalam Ceraian ini, penggunaan bahasa Melayu adalah tertakluk pada pengecualian yang dinyatakan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta 32. 12. Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa diberi keutamaan, efektif serta berimpak selari dengan fungsi organisasi. Sehubungan itu, bahasa Inggeris masih boleh digunakan dalam keadaan tertentu atas keperluan perundangan dan juga dalam sebarang urusan yang boleh menjejaskan kelancaran penyampaian perkhidmatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy