Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-36 BAHAGIAN V LEMBARAN KELAKUAN Kaedah Merekod 15. Kaedah merekodkan tatakelakuan pegawai berupa pengiktirafan dan/atau tindakan tatatertib di dalam “Lembaran Kelakuan” adalah seperti berikut: Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 1. Anugerah Darjah Kebesaran (bintang/pingat) Rekodkan nama Anugerah Darjah Kebesaran yang diterima, gelaran yang mengiringinya sekiranya ada, pemberi anugerah, sempena anugerah itu diberikan, tarikh penyampaian anugerah dan sebagainya. Nombor rujukan Surat Penganugerahan yang menawarkan anugerah itu hendaklah dicatatkan di ruangan “Kebenaran”. 2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Maklumat anugerah seperti tahun menerima anugerah, jenis dan nilai hadiah serta tarikh majlis penyampaian anugerah perlu direkodkan. 3. Tindakan Tatatertib Tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap pegawai hendaklah direkodkan dengan jelas dan lengkap meliputi jenis kesalahan yang disabitkan, jenis hukuman, tarikh hukuman berkuat kuasa dan tarikh Lembaga Tatatertib bersidang. Nombor rujukan surat keputusan Lembaga Tatatertib hendaklah direkodkan di ruangan “Kebenaran”. Keputusan Lembaga Tatatertib yang melibatkan tahan kerja, gantung kerja atau surcaj juga perlu direkodkan. ⃰ Penganugerahan Darjah Kebesaran/Khidmat Cemerlang dan tindakan tatatertib hendaklah juga direkodkan di dalam “Kenyataan Perkhidmatan”.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy