74 Prosedur Pelaksanaan Proses Kaunseling 8. Bagi memastikan pelaksanaan Program Kaunseling berjalan lancar, Ketua Jabatan hendaklah: i. mengenalpasti dan melantik pegawai kaunseling seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999; ii. memberikan latihan kepada pegawai kaunseling berdasarkan modul latihan dari bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam atau agensi berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatann Awam yang menawarkan latihan kaunseling; dan iii. memastikan tugas dan aktiviti kaunseling dimasukkan ke dalam Fail Meja dan sasaran Kerja Tahunan (SKT) pegawai yang dilantik. 9. Sehubungan itu, pegawai psikologi berperanan untuk: i. menerima pegawai yang dirujuk oleh Urus Setia PPK; ii. merekodkan maklumat dan biodata dalan fail SULIT pegawai yang didaftarkan di bawah PPK; iii. menjalankan sesi kaunseling individu atau kelompok; iv. membuat penilaian kes sama ada perlu dirujuk kepada pihak lain atau tidak; dan v. mengemukakan laporan perkembangan pegawai kepada Urus Setia PPK setelah kes ditamatkan. 10. Urus Setia PPK hendaklah: i. memastikan agar pegawai yang dirujuk menghadiri sesi kaunseling seperti yang telah ditetapkan; dan ii. memantau perkembangan pegawai melalui laporan yang telah dikemukakan oleh pegawai psikologi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy