Pengurusan Psikologi

 7-47 Faedah Program Pembimbing Rakan Sekerja 9. Dengan pelaksanaan PRS, ia mampu untuk: i. mewujudkan pegawai yang kompeten; ii. mewujudkan suasana kerja yang harmoni; iii. membantu mencari alternatif penyelesaian masalah; dan iv. meningkatkan empati di kalangan warga organisasi. Peranan Program Pembimbing Rakan Sekerja (PRS) 10. Peranan PRS yang utama: i. membantu mengukuhkan budaya positif; ii. mengukuhkan nilai kendiri; iii. mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni; iv. mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah; v. mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman; vi. mewujudkan ‘sense of belonging’ di kalangan rakan sejawat; dan vii. mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai bermasalah Proses dan Carta Aliran Kerja 11. Pelaksanaan Program PRS boleh dilihat melalui proses kerja seperti di Lampiran D1 dan carta aliran kerja seperti di Lampiran D2. Penutup 12. Dengan pelaksanaan Program PRS, diharapkan pegawai yang telah mengikuti program ini akan dapat meningkatkan kecemerlangan diri dan bertindak sebagai satu pasukan bagi mencapai visi, misi serta objektif organisasi masing-masing.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy