Pengurusan Psikologi

 7-46 v. Memperkuatkan semangat dan mengekalkan perubahan. PRS membantu rakan sekerja agar perubahan positif dapat dikekalkan demi kecemerlangan diri dan organisasi. Prosedur Pelaksanaan Pembimbing Rakan Sekerja 7. Dalam melaksanakan Program Pembimbing Rakan Sekerja, Ketua Jabatan hendaklah: i. mengenalpasti dan melantik fasilitator yang terdiri daripada pegawai psikologi, mentor atau mereka yang mempunyai kebolehan dan berminat membantu rakan sekerja; ii. memberi latihan kepada fasilitaor untuk tempoh sekurang kurangnya enam (6) fasa di mana modul latihan boleh diperoleh daripada Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia; iii. memastikan semua keperluan dalam melaksanakan alktiviti PRS mencukupi; iv. memastikan pegawai yang telah dikenal pasti (rujukan daripada Program Penilaian Pekerja) mengikuti aktiviti yang telah ditetapkan; v. menentukan fokus PRS dalam isu-isu seperti: a. strategi dan pengurusan organisasi; b. peranan dan tugas PRS; c. aktiviti dan projek yang dilaksanakan; d. kemahiran yang diperlukan; dan e. perkembangan diri dan pembangunan kerjaya. v. menentu dan menggunakan modul mengikut kesesuaian dasar dan polisi kementerian, jabatan atau agensi; dan vii. memantau pelaksanaan PRS di peringkat agensi masing-masing. 8. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan aktiviti PRS, fasilitator hendaklah, i. merancang aktiviti bagi membantu pegawai yang telah dikenalpasti; ii. merujuk pegawai untuk menghadiri Program Kaunseling sekiranya perlu; iii. menyediakan laporan tentang aktiviti yang dilaksanakan; dan iv. mengemukakan laporan kepada urus setia PPK.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy