Pengurusan Psikologi

 55 ii. mengenal pasti dan melantik pegawai yang layak menjadi mentor dengan meneliti latar belakang atau profil mereka dari segi latar belakang latihan dan pengalaman bekerja (jawatan, bidang tugas, kemahiran yang ada). Antara ciri-ciri mentor yang sesuai ialah: a) kemahiran interpersonal yang tinggi; b) kemahiran komunikasi yang baik; c) kemahiran menyoal; d) perancangan dan penetapan matlamat; e) berkemampuan menggabungjalinkan sumber; f) menghargai individu lain; g) cemerlang dan positif; h) memahami tanggungjawab; i) berkeupayaan dan berkebolehan mengambil risiko; dan j) kemahiran mengawal emosi. iii. melaksanakan siri latihan asas kepada mentor dalam bentuk bengkel, seminar terpimpin atau perbincangan; iv. meneliti pengetahuan dan kemahiran yang mentor miliki tentang sistem dan peranan “pementoran” untuk kakitangan (mentee); v. membuat pemadanan antara mentor dan mentee bagi memastikan kesesuaian; vi. membuat pemantauan di setiap bahagian mengenai amalan “pementoran” yang dilaksanakan; vii. mengadakan perbincangan dengan mentor dan mentee yang terlibat dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklum balas dan memperbaiki amalan “pementoran” agar mencapai objektif; viii. menamatkan tugas mentor apabila mendapati mentor yang dilantik tidak lagi efisien atau telah melanggar etika; dan ix. mengiktiraf program ini sebagai sebahagian daripada tugas hakiki individu yang dilantik sebagai mentor.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy