Pengurusan Psikologi

 7-34 vii. mengadakan perbincangan dengan mentor dan mentee yang terlibat dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklum balas dan memperbaiki amalan “pementoran” agar mencapai objektif; viii. menamatkan tugas mentor apabila mendapati mentor yang dilantik tidak lagi efisien atau telah melanggar etika; dan ix. mengiktiraf program ini sebagai sebahagian daripada tugas hakiki individu yang dilantik sebagai mentor. 8. Sehubungan itu juga, mentor hendaklah: i. melaksanakan program mengikut jadual yang dirancang; ii. mengumpul maklumat-maklumat berkaitan program pementoran yang dijalankan; iii. menyediakan laporan berkala, pelaksanaan program pementoran; iv. membuat pemantauan ke atas setiap mentee yang di bawah jagaannya; v. memberi maklum balas kepada pihak pengurusan untuk tujuan penambahbaikan; vi. mengadakan perjumpaan berkala dengan mentee; dan vii. menjadikan program pementoran sebagai sebahagian daripada tugas hakiki. 9. Manakala, mentee pula berperanan untuk: i. Mematuhi jadual program yang dirancang bersama mentor; ii. Melaksanakan setiap tugasan yang ditetapkan dan sentiasa meningkatkan pengetahuan; iii. Menyediakan laporan/log berkala; dan iv. Memberi maklumbalas kepada mentor berhubung pencapaian program. 10. Modul latihan mentor boleh diperoleh dari Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Ia perlu dilaksanakan oleh agensi bagi menyediakan mentor dengan kemahiran dan pengetahuan di dalam melaksanakan proses pementoran.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy