Pengurusan Psikologi

 7-20 viii. Maklumat cuti Terlalu kerap mengambil cuti rehat yang tidak dirancang juga menunjukkan simptom pegawai yang berkemungkinan bermasalah. Pegawai yang kerap mengambil cuti tanpa perancangan biasanya menunjukkan prestasi kerja yang tidak memuaskan, kurang bermotivasi dan tidak terurus. Selain itu, maklumat cuti sakit juga merupakan satu indikator dalam mengenal pasti pegawai yang berkemungkinan bermasalah. Pegawai terbabit sama ada yang benar - benar cuti sakit atau cuti sakit yang “meragukan” di mana secara fizikalnya tidak mempunyai sebarang penyakit tetapi kerap mengambil cuti sakit terutamanya daripada hospital/klinik swasta. Ini kerana, pegawai yang benar-benar sakit memerlukan sokongan, bantuan dan pemahaman orang lain untuk membantu mereka pulih. Manakala, pegawai yang sering mengambil cuti sakit yang “meragukan” perlu dibantu untuk memperbaiki sikap, nilai, amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas. ix. Keberhutangan kewangan yang serius Keberhutangan kewangan yang serius merupakan satu kesalahan yang boleh membawa kepada tindakan tatatertib. Namun begitu, terdapat pelbagai faktor yang mendorong pegawai kepada situasi tersebut. Justeru, sebagai langkah pencegahan kepada masalah yang lebih teruk kemudian maka aspek keberhutangan ini boleh menjadi indikator dalam pengenalpastian pegawai yang berkemungkinan bermasalah dan perlu dibantu. Umumnya, organisasi perkhidmatan awam telah menetapkan petunjuk asas kepada masalah kewangan ini, iaitu jumlah potongan melebihi 60% dari gaji. x. Ujian Psikometrik Ujian psikometrik merupakan satu kaedah dalam mengukur permasalahan individu seperti minat, personaliti dan permasalahan psikologi. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan kepakaran dalam mentadbir, membuat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy