Pengurusan Psikologi

 7-19 B. Indikator Semasa vi. Kesalahan Tatatertib Tindakan pencegahan dan pembangunan terhadap pegawai yang terlibat dalam kesalahan tatatertib adalah lebih digalakkan. Tindakan menghukum sahaja bukanlah penyelesaian terbaik malah boleh melahirkan perasaan dendam, benci, marah dan hubungan interpersonal yang negatif. Keadaan ini biasanya mendorong pegawai terbabit kepada tidak bermotivasi, kurang produktif dan rasa dipinggirkan. Kes-kes tatatertib yang berkaitan dengan tata kelakuan boleh diberi perhatian seperti ketidakhadiran, kecuaian dalam melaksanakan tugas, gangguan seksual, pengambilan dadah dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pegawai yang dalam siasatan, sedang dalam proses tindakan dan yang telah diambil tindakan perlu dibantu bagi memperbaiki diri dan mengukuhkan pembangunan dirinya. vii. Maklumat Kehadiran Melalui maklumat kehadiran, sekurang-kurangnya tiga permasalahan utama boleh dikenal pasti iaitu kelewatan, ponteng dan pergerakan pegawai. Bagi maksud pelaksanaan PPP, indikator berikut boleh digunapakai dalam mengenal pasti pegawai yang kemungkinan bermasalah, iaitu; (a) pegawai yang datang lewat melebihi 3 kali dalam sebulan tanpa alasan yang munasabah; (b) pegawai yang ponteng atau tidak hadir bertugas tanpa kebenaran; dan (c) pegawai yang datang menepati masa tetapi keluar tanpa keizinan Ketua.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy