Pengurusan Psikologi
255 f. Senarai Semak Senarai semak membantu kementerian dan jabatan menyemak aspek-aspek seperti kehadiran bekerja, kualiti sistem penyampaian perkhidmatan, kepuasan pelanggan dan kerja berpasukan secara berkala. g. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Laporan LNPT dapat membantu melihat sejauh mana pencapaian pegawai setelah mengikuti program-program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan. h. Key Performance Indicator (KPI) Key Performance Indicator (KPI) merupakan alat yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi organisasi. PENUTUP 7. Kementerian atau jabatan harus mengambil tindakan bagi melaksanakan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan. Justeru, ketua jabatan perlu menyediakan sumber- sumber seperti prasarana dan kewangan untuk menjalankan aktiviti dan program berkaitan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy