Pengurusan Psikologi
254 vi. Latihan atau Kursus yang Berkaitan Ketua jabatan perlu memastikan pegawai dapat menjalankan tugas dengan efisien. Kementerian dan jabatan harus menyediakan latihan dan kursus yang berkaitan dengan bidang tugas. 6 . Ketua jabatan perlu melaksanakan penilaian keberkesanan program-program yang telah diadakan. Contoh penilaian boleh dilaksanakan seperti berikut: a. Borang Penilaian Program atau Kursus Borang penilaian ini boleh diberi sebelum dan selepas kursus atau program yang dijalankan bagi mengetahui keberkesanan program dan kursus itu terhadap personaliti dan mutu kerja pegawai. b. Kajian Persepsi Keberkesanan Program Kajian ini membantu untuk menilai keberkesanan program yang dijalankan dan aspek-aspek yang boleh diperbaiki. c. Sistem Pengurusan Audit Nilai Kaedah ini dapat menilai keberkesanan program-program nilai murni dalam perkhidmatan awam selaras dengan Arahan Y.A.B. Perdana Menteri No. 1 tahun 1998, Siri 7 No. 1 Tahun 2007 iaitu Gerakan Pemantapan dan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam di Agensi Kerajaan. d. Maklum Balas Pelanggan Maklum balas pelanggan boleh diperoleh dari borang kepuasan pelanggan, keratan akhbar, data dari Biro Pengaduan Awam dan sebagainya. e. Laporan Penyelia Borang penilaian selepas kursus perlu diserahkan kepada penyelia terbabit. Hasil dari penilaian ini dapat membantu kementerian dan jabatan untuk memperbaiki aspek-aspek dalam modul kursus dan program yang dilaksanakan di samping untuk melihat pegawai yang perlu dipertimbangkan mengikuti kursus atau program seterusnya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy