Pengurusan Psikologi

 252 Dalam konteks ini, kementerian dan jabatan perlu melaksanakan aktiviti- aktiviti bagi mengekalkan penghayatan ini di kalangan pegawai-pegawai. Ia boleh dimulakan melalui penyemakan semula peraturan dan prosedur kerja seperti Manual Prosedur Kerja, Fail Meja dan Prosedur MS ISO 9001:2000. Penyemakan ini bertujuan memastikan peraturan dan prosedur adalah relevan dan proses kerja dapat dijalankan dengan teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Selain daripada itu, kementerian dan jabatan juga disarankan mengadakan program-program yang bukan sekadar memberi ilmu tetapi ia juga perlu mengandungi aspek-aspek yang boleh memberi kesedaran dan penghayatan terhadap ilmu yang diterima. Program-program ini perlu dilengkapkan dengan latihan dalam kumpulan (LDK) atau bengkel. Berikut adalah sebelas (11) contoh program yang boleh dijalankan oleh kementerian atau jabatan. Maklumat lanjut mengenai program ini seperti di Lampiran PO.3.1.3(B). i. Program Pengurusan Stres ii. Program Pengurusan Emosi iii. Program Pengurusan Interpersonal iv. Program Kepimpinan v. Program Pembangunan Kerjaya vi. Program Budaya Kerja Berpasukan vii. Program Pengurusan Konflik viii. Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan. Rujuk di Lampiran PO.3.1.3(C). ix. Program Coaching dan Pementoran x. Program Pembimbing Rakan Sekerja xi. Program Kaunseling

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy