Pengurusan Psikologi
251 i. Taklimat dan ceramah Taklimat ini diadakan mengikut tajuk-tajuk seperti integriti, motivasi dan nilai-nilai murni. Ia haruslah diadakan secara berkala dan mengambil kira sasaran pegawai sama ada kumpulan pengurusan dan profesional atau kumpulan sokongan. Ini bagi memudahkan penceramah menyesuaikan kandungan dan penyampaian ceramah. ii. Perkongsian dan penyampaian ilmu Sesi perkongsian ilmu perlu dilaksanakan secara berterusan dan berfokus kepada prinsip Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan serta nilai-nilai murni dan dimaklumkan dalam mesyuarat, perhimpunan, seminar, persidangan atau kursus yang dianjurkan. iii. Mempamerkan ungkapan-ungkapan nilai murni Ungkapan-ungkapan nilai murni perlu dipamerkan di tempat-tempat yang strategik untuk memberi kesedaran kepada pegawai bahawa nilai-nilai murni ini amat penting dan perlu diamalkan. iv. Lawatan ke organisasi yang boleh dicontohi Lawatan ke kementerian, jabatan atau organisasi swasta yang memperlihatkan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan. Ia bertujuan untuk menambah baik aspek-aspek kerja yang boleh diperbaiki. Kementerian, jabatan atau organisasi swasta tersebut boleh dijadikan sebagai penandaarasan dalam usaha membudayakan kerja pencapaian diutamakan. b. Program Tahap Penghayatan Penghayatan bermaksud kemampuan merasai dan menjiwai prinsip-prinsip Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan dan kesediaan untuk mengamalkan apa yang diperoleh daripada program-program tersebut. Kesediaan ini melibatkan perubahan pemikiran, emosi dan tingkah laku.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy