Pengurusan Psikologi

 5-1 LAMPIRAN PO.3.1.1(E) APLIKASI PENYELIDIKAN PSIKOLOGI PENGENALAN 1. Sesuatu isu yang menyebabkan berlaku perubahan suasana di tempat kerja memerlukan penyelidikan. Penyelidikan yang dijalankan akan dapat memberi maklumat tentang punca dan kaitan dengan isu yang dikaji secara lebih komprehensif. MATLAMAT 2. Aplikasi penyelidikan psikologi bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan. Maklumat yang diperoleh dapat membantu usaha penambahbaikan berhubung isu-isu psikologi di tempat kerja seperti motivasi kerja yang rendah, tahap stres yang tinggi, sering lewat dan ponteng kerja. Melalui kajian yang dilaksanakan, pihak pengurusan dapat mengetahui dan memahami keadaan semasa, mengenal pasti punca masalah, langkah yang boleh diambil dan mewujudkan dasar atau program yang bersesuaian. PELAKSANAAN APLIKASI PSIKOLOGI 3. Penyelidikan psikologi merupakan proses sistematik bagi mendapatkan maklumat berhubung isu-isu psikologi di dalam organisasi. Berikut merupakan tatacara yang perlu dilaksanakan iaitu: i. mengenal pasti isu psikologi yang ingin dikaji dan membuat hipotesis kajian; ii. mengenal pasti atau membangunkan instrumen yang sesuai dengan mengambil kira kesahan dan kebolehpercayaan; iii. melaksanakan kajian, membuat analisis data dan menyediakan laporan; dan iv. mengemukakan laporan kajian dan syor kepada pihak pengurusan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy