Pengurusan Psikologi

 225 (b) menjaga aspek kerahsiaan dalam menguruskan pemberitahuan tersebut dan PYDM juga diminta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan orang lain; (c) merekodkan pernyataan yang dikemukakan oleh PYDM semasa sesi temu bual; (d) memberi PYDM masa yang mencukupi dan peluang untuk membuat pernyataan berhubung aduan tersebut; (e) nıendengar tanpa prasangka, mempamerkan empati, nıengemukakan soalan yang bersesuaian dan menyedari kesan negatif yang dialami oleh PYDM; dan (f) mengambil pendekatan psikologi atau tindakan lain yang bersesuaian dan menyediakan laporan penilaian psikologi kepada UI. Sila rujuk carta aliran seperti di Lampiran F. 10.4 Sekiranya PYDM adalah Ketua Jabatan Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi hendaklah — (a) mengambil tindakan seperti yang dinyatakan di perenggan 10.3(a) hingga (f) di atas sekiranya Ketua Jabatan berpangkat setaraf dengan Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi; atau (b) merujuk kes gangguan seksual ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya Ketua Jabatan berpangkat lebih tinggi daripada Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi. Sila rujuk carta aliran seperti di Lampiran F. 10.5 Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi perlu menyediakan perkhidmatan psikologi kepada Pengadu dan PYDM selepas sesuatu keputusan berhubung dakwaan kes gangguan seksual diperoleh sebagai langkah intervensi dan pemulihan kepada kedua-dua pihak yang terlibat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy