224 10. TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PEGAWAI PSIKOLOGI/KAUNSELOR ORGANISASI 10.1 Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi yang menerima rujukan kes gangguan seksual daripada UI, hendaklah membuat pemerhatian dan penilaian psikologi ke atas kes berkenaan serta mengemukakan laporan tersebut kepada UI dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Sila rujuk carta aliran seperti di Lampiran Dl. 10.2 Sekiranya Pengadu Adalah Pegawai Awam, Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi hendaklah — (a) merekodkan aduan dan memberi masa yang mencukupi untuk Pengadu ınenceritakan apa yang berlaku; (b) memahami dan merekodkan sebab atau alasan Pengadu tidak membuat aduan sehingga gangguan seksual menjadi lebih serius; (c) mengemukakan soalan yang bersesuaian dan menjaga kerahsiaan maklumat yang diberikan; (d) mendengar tanpa prasangka, mempamerkan empati dan menyedari kesan negatif yang dialami oleh Pengadu; dan (e) membuat pemerhatian dan penilaian psikologi, mengambil pendekatan psikologi atau tindakan lain yang bersesuaian dan menyediakan laporan penilaian psikologi kepada UI. Sila rujuk carta aliran seperti di Lampiran F. 10.3 Sekiranya PYDM adalah Pegawai Awam, Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi hendaklah — (a) memberitahu PYDM secara bertulis bahawa suatu aduan gangguan seksual telah dibuat terhadapnya dan menetapkan temu janji dengan PYDM untuk membincangkan perkara tersebut;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy