Pengurusan Psikologi
201 4. Pelaksanaan data profil kesihatan psikologi MyPsyD di peringkat jabatan diharapkan dapat mengurangkan risiko kecemasan dan insiden serius berkaitan kesihatan mental di kalangan pegawai awam berisiko tinggi. Pendekatan menyeluruh yang melibatkan pencegahan, rawatan, sokongan dan perlindungan ini adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan individu serta tempat kerja yang selamat dan harmoni. 5. Sekiranya Pegawai Berisiko Tinggi dapatan MypsyD telah pun dirujuk di bawah Intervensi Bersepadu, pegawai tidak perlu diuruskan mengikut tatacara pengurusan pegawai berisiko tinggi. Intervensi Bersepadu akan diteruskan kepada pegawai. 6. Pegawai berisiko tinggi yang dalam krisis perlulah di rujuk ke Klinik Kesihatan untuk mendapat rawatan perubatan bagi membantu menstabilkan emosi, mengurangkan gangguan fikiran atau kesan penyalahgunaan bahan yang boleh menjejaskan fungsi kehidupan pegawai. 7. Pegawai Psikologi perlu memantau keakuran pegawai dalam menerima rawatan sehingga pegawai tidak lagi menunjukkan gejala-gejala krisis. 8. Pegawai Psikologi perlu menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada pegawai risiko tahap tinggi yang yang stabil bagi membina daya tindak yang efektif untuk menguruskan gejala kesihatan yang boleh mengganggu fungsi kehidupan. 9. Sekiranya pegawai telah menunjukkan peningkatan dalam mengurus kesihatan psikologi, Pegawai Psikologi boleh mencadangkan program yang sesuai untuk dihadiri oleh pegawai kepada Pengurus Sumber Manusia sebagai inisiatif pengukuhan teknik penjagaan diri dan mengelakkan relaps.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy