Pengurusan Psikologi
190 Lembaran PO.3.1.1(I4) TATACARA INTERVENSI PEGAWAI RISIKO RENDAH 1. Kesihatan psikologi pegawai awam adalah aspek penting yang mempengaruhi produktiviti, keberkesanan tugas, serta kesejahteraan mereka. Walaupun dapatan MyPsyd pegawai awam risiko tahap rendah menunjukkan tahap kestabilan kesihatan psikologi yang baik, usaha pencegahan dan pemantauan secara berkala tetap penting untuk memastikan pegawai awam kekal sihat secara psikologi dan berfungsi secara optima. 2. Objektif pengurusan kes pegawai awam risiko tahap rendah ini adalah untuk — (i) meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pegawai awam risiko tahap rendah mengenai kepentingan kesihatan psikologi. (ii) mewujudkan persekitaran kerja yang menyokong kesejahteraan mental. (iii) mencegah perkembangan masalah kesihatan psikologi yang lebih serius melalui langkah proaktif. (iv) memberikan sokongan awal dan rujukan jika diperlukan. 3. Cadangan Program yang boleh dilaksanakan adalah seperti yang berikut: (i) Sesi Kesedaran dan Pendidikan Berkala (a) Mengadakan ceramah, seminar, atau bengkel berkala mengenai pengurusan stres, keseimbangan kerja dan kehidupan, serta kepentingan menjaga mental yang sihat. (b) Mengedarkan bahan maklumat melalui e-mel, poster, dan portal intranet. (ii) Penyediaan Platform Sokongan dan Kaunseling (a) Menyediakan akses kepada perkhidmatan kaunseling secara percuma dan sulit. (b) Mewujudkan kumpulan sokongan (peer support groups) di tempat kerja.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy