Pengurusan Psikologi

 191 (iii) Program Pemantauan dan Penilaian Kesihatan Mental (a) Melaksanakan penilaian kesihatan mental secara berkala melalui soal selidik atau temubual ringkas. (b) Menggalakkan pegawai awam risiko tahap rendah untuk melaporkan sebarang isu secara sukarela. (iv) Kempen Kesedaran Kesihatan Psikologi/ Kesihatan Mental (a) Mengadakan kempen kesedaran sepanjang tahun, termasuk aktiviti seperti Hari Kesihatan Mental, Bulan Psikologi Kaunseling, pertandingan, dan perkongsian pengalaman. (v) Pengiktirafan dan Ganjaran (a) Memberi pengiktirafan kepada pegawai awam yang aktif menyertai program kesihatan mental dan menunjukkan sikap positif dalam menjaga diri. (vi) Penglibatan Pengurusan Tertinggi (a) Menggalakkan penglibatan dan sokongan dari ketua jabatan dan pengurusan atasan untuk memastikan keberkesanan program. 4. Selain itu, Kementerian/Jabatan/Agensi juga digalakkan untuk — (a) mengadakan mesyuarat penyelarasan untuk mendapatkan maklum balas dan penyesuaian program. (b) melantik jawatankuasa khas yang bertanggungjawab melaksanakan dan memantau keberkesanan program. 5. Pelaksanaan program-program ini mampu membantu pegawai awam risiko tahap rendah untuk terus kekal sihat secara mental, meningkatkan produktiviti, dan menyumbang kepada persekitaran kerja yang positif dan harmon.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy