Pengurusan Psikologi

 184 38. Pegawai Psikologi hendaklah menyediakan laporan untuk dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam setelah proses validasi dan intervensi. 39. Dalam proses pelaksanaan validasi dan intervensi, Pegawai Psikologi perlu memastikan pengurusan dan pengendalian data MyPsyD mengikut tatakelola Surat Pekeling Am Bilangan 8 Tahun 2024 : Garis Panduan Pengurusan dan Pengendalian Rahsia Rasmi dalam Perkhidmatan Awam atau apa-apa undang- undang/pekeling/arahan lain yang berkuat kuasa. 40. Pegawai Psikologi perlu memastikan tanggungjawab Pegawai Psikologi dan Pegawai Berisiko dilaksanakan seperti yang dinyatakan dalam Borang Perakuan Termaklum ketika intervensi psikologi berlangsung; 41. Pegawai Psikologi perlu mengenal pasti keperluan untuk merujuk pegawai tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan pemantauan, intervensi kaunseling atau profesional. 42. Bagi kes yang memerlukan rujukan melalui pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu (PO.3.1.1(H), pengurusan intervensi dan pemantauan kepada pegawai yang berisiko perlu mematuhi tempoh yang telah ditetapkan bagi menilai kefungsian dan kebergunaan pegawai khususnya jika melibatkan keperluan untuk kembali bekerja ( Return to Work ) selepas menjalani intervensi atau proses pemulihan dan rehabilitasi. PERTANYAAN 43. Sebarang pertanyaan mengenai Lampiran ini boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. PEMAKAIAN 44. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing. Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy