Pengurusan Psikologi

 8-16 15. Pegawai 15.1 Fasa 2: Saringan a) Menghadiri sesi temubual bersama Pegawai Psikologi seperti yang diarahkan oleh Pengurus Sumber Manusia; dan b) Menduduki penilaian psikologi seperti mana yang dirancangkan oleh Pegawai Psikologi. 15.2 Fasa 3: Intervensi dan Pemantauan a) Mematuhi arahan Ketua Jabatan untuk menjalani sesi intervensi. Kegagalan pegawai menjalani sesi intervensi boleh menyebabkan beliau dikenakan tindakan tatatertib seperti mana yang ditakrifkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu ditafsirkan ‘Ingkar Perintah’ dalam SubPerenggan 4(2)(i) kerana ‘tidak menghadirkan diri untuk tugas rasmi’; b) Menghadiri dan memberi komitmen terhadap tugasan dan pelaporan tanpa gagal kepada Pegawai Psikologi dan Penyelia sepanjang tempoh intervensi; c) Memaklumkan kepada Pengurus Sumber Manusia sekiranya pegawai sedang menjalani rawatan perubatan dan mengemukakan salinan laporan perubatan apabila diminta berbuat demikian; dan d) Keengganan pegawai mengemukakan salinan laporan perubatan, boleh menjejaskan pertimbangan pihak Pengurusan Sumber Manusia dalam membuat keputusan terhadap perkhidmatan pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy