Pengurusan Psikologi

 91 e) Mengadakan perbincangan bersama penyelia dan pegawai bagi menjelaskan matlamat yang seharusnya dicapai; dan f) Merancang pelan intervensi pegawai mengikut matlamat yang ditetapkan. 12.2 Fasa 3: Intervensi dan Pemantauan a) Mengadakan sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan kepada pegawai dalam tempoh 3 hingga 6 bulan yang ditetapkan; b) Mengadakan sesi bersama ahli keluarga pegawai (jika perlu); c) Melibatkan ahli AKRAB dalam proses bimbingan bagi membantu pelaksanaan intervensi (jika perlu); d) Menyediakan laporan kemajuan/perkembangan secara berkala tertakluk kepada bilangan sesi yang diadakan semasa tempoh intervensi dijalankan (Lampiran C5); e) Menyediakan dan mengemukakan laporan naziran kepada Pengurusan Sumber Manusia (jika perlu) (Lampiran C7); f) Sekiranya pegawai sedang menjalani rawatan perubatan, pegawai dinasihatkan untuk mengemukakan salinan laporan perubatan (dengan kebenaran) kepada Pengurus Sumber Manusia; g) Sekiranya pegawai enggan mengemukakan salinan laporan perubatan, pemakluman secara bertulis hendaklah dibuat kepada pihak Pengurus Sumber Manusia untuk tindakan selanjutnya; h) Sekiranya pegawai didapati memerlukan tempoh pelanjutan untuk menjalani intervensi, maka permohonan hendaklah dikemukakan kepada pihak Pengurus Sumber Manusia (Lampiran C10); i) Sekiranya permohonan lanjutan dipersetujui, sesi intervensi akan diteruskan berdasarkan kepada tempoh masa yang diluluskan; j) Sekiranya permohonan lanjutan tidak dipersetujui, sesi intervensi akan ditamatkan dan laporan intervensi hendaklah dikemukakan kepada pihak Pengurus Sumber Manusia;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy