Pengurusan Psikologi

 8-13 p) Sekiranya dalam tempoh tindakan susulan atau selepas tamat intervensi, pegawai menunjukkan pengulangan simptom (relaps), pihak Pengurus Sumber Manusia hendaklah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya perlu, pegawai boleh dicadangkan untuk menjalani intervensi semula tidak melebihi dari 3 bulan; dan q) Menyedia dan mengemukakan Laporan Pengurusan Relaps (LAMPIRAN C11) kepada Pengurus Sumber Manusia untuk tindakan selanjutnya. 12.3 Fasa 4: Penilaian Kebergunaan a) Mengemukakan Laporan Intervensi Bersepadu dalam tempoh 4 minggu selepas tamat intervensi kepada Pengurus Sumber Manusia; dan b) Mengemukakan Laporan Akhir Bimbingan yang disediakan oleh Pegawai AKRAB kepada Pengurus Sumber Manusia (jika berkaitan). 13. Penyelia Bagi tujuan pelantikan penyelia dalam fasa intervensi dan pemantauan, kriteria berikut boleh dipertimbangan:- a) Sekurang-kurangnya satu gred jawatan lebih tinggi daripada pegawai yang diselia; dan b) Penyelia boleh terdiri daripada penyelia asal atau pegawai lain yang dilantik oleh Pengurus Sumber Manusia/Ketua Jabatan. 13.1 Fasa 3 : Intervensi dan Pemantauan Penyelia berperanan:- a) Menyelaras dan memantau tugasan pegawai mengikut gred dan jawatan hakiki serta arahan lain dari semasa ke semasa; b) Memastikan kerahsiaan maklumat pegawai semasa menjalankan penyeliaan dan penilaian; c) Mengadakan perbincangan bersama pegawai dan Pegawai Psikologi berhubung penetapan sasaran kerja dalam tempoh intervensi;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy