Pengurusan Psikologi

 8-12 k) Sekiranya terdapat keperluan untuk merujuk pegawai kepada pihak ketiga (rujukan profesional), kriteria yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:- Permasalahan Kesihatan i. Pengulangan simptom (relaps); ii. Kemerosotan fungsi fisiologi/ kognitif/ emosi yang mendadak; iii. Masalah gangguan spiritual yang memerlukan rawatan alternatif daripada Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari seperti dalam senarai Jadual 1 dan 2 di LAMPIRAN C2; atau iv. Lain-lain yang berkaitan. Permasalahan Kewangan Mempunyai profil kewangan berstatus kronik atau kritikal (LAMPIRAN B5) yang memerlukan intervensi bantuan kewangan seperti Bank Negara Melaysia (BNM) dan agensi yang berkaitan. Manakala bagi pegawai yang memerlukan bantuan kewangan segera, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan daripada agensi seperti Pusat Zakat, Baitumal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. l) Memantau keakuran pegawai dalam menjalani intervensi dan menyediakan laporan kemajuan pegawai secara berkala; m) Mendapatkan maklum balas daripada agensi yang dirujuk berhubung dengan status kemajuan pegawai; n) Menyediakan Laporan Intervensi Bersepadu (LAMPIRAN C9) kepada Pengurus Sumber Manusia setelah tamat tempoh intervensi; o) Membuat tindakan susulan sekurang-kurangnya sekali untuk tempoh 3 bulan selepas tamat intervensi bagi mengemaskini status kemajuan diri pegawai di tempat kerja. Mengemukakan Borang Maklum Balas Tindakan Susulan (LAMPIRAN C13) kepada Pengurus Sumber Manusia;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy