Pengurusan Hubungan Majikan - Pekerja
39 IX. PINDAAN PERLEMBAGAAN 27. Perlembagaan MBJ boleh dipinda dalam mana-mana mesyuarat MBJ. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Pindaan perlembagaan yang telah dipersetujui oleh MBJ hendaklah dikemukakan ke Bahagian Gaji dan Elaun, JPA untuk kelulusan. 28. JPA sebagai penggubal dasar boleh menetapkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat dan pertentangan di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja mengenai penggubalan dan pindaan perlembagaan. Segala keputusan yang dibuat oleh JPA adalah muktamad selari dengan kuasa yang diperuntukkan dalam mana-mana Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan sedia ada yang sedang berkuat kuasa. X. CONTOH PERKARA YANG BOLEH DIBINCANGKAN 29. Contoh perkara-perkara yang boleh dan pernah dibincangkan dalam mesyuarat MBJ adalah seperti berikut: Bil. Kategori usul Penerangan Contoh 1. Kewangan Merangkumi isu yang berkaitan dengan pengurusan perakaunan dan pembayaran seperti pembayaran tuntutan, peruntukan dan prosedur kewangan dalaman. a) Kelewatan bayaran balik perbelanjaan b) Peruntukan program latihan tidak mencukupi c) Penggunaan borang tuntutan yang tidak seragam d) Kelewatan pembayaran Elaun Tanggung Kerja 2. Infrastruktur dan fasiliti Merujuk kepada isu berkaitan pengurusan kemudahan infrastruktur, fasiliti, kelengkapan pejabat dan penyelenggaraan bangunan. a) Ruang pejabat b) Kemudahan tempat letak kenderaan c) Lif d) Penyelenggaraan mesin penyalin
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy