Hubungan Majikan - Pekerja

 1-14 LAMPIRAN I SEJARAH PERKEMBANGAN PLATFORM MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM 1. Jentera perundingan dalam PerkhidmatanAwam di peringkat jabatan telah pun diperkenalkan semenjak wujudnya Interim Joint Council pada tahun 1946 dan jentera perundingan Majlis Whitley Jabatan pada tahun 1950. Penubuhan dan perjalanan Majlis Whitley Jabatan pada masa itu tidak dikawal oleh sebarang Agensi Pusat. Ketua-ketua Jabatan telah menubuhkan Majlis Whitley ini mengikut kehendak dan persetujuan di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Kesatuan Sekerja di jabatan-jabatan berkenaan. 2. Apabila Sistem Whitley digantung pada tahun 1969, Kerajaan telah mengkaji semula jentera perundingan di peringkat kebangsaan dan jabatan. Dalam kajian itu, Majlis Whitley Jabatan juga telah dipinda dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1973 (PP 5/1973) telah dikeluarkan. Pekeliling ini antara lainnya telah menyelaraskan bentuk penubuhan dan perjalanan MBJ di bawah kawalan JPA. Pada tahun 1978, Kerajaan sekali lagi telah mengkaji jentera perundingan Perkhidmatan Awam dan seterusnya meminda PP 5/1973 dan mewujudkan pekeliling baharu iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1979. Pekeliling ini tidak membuat sebarang perubahan kecuali kepada kekerapan mesyuarat, di mana MBJ perlulah mengadakan mesyuarat setiap tiga (3) bulan sekali. 3. Pada tahun 1989, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1989 telah dikeluarkan yang khusus menyentuh MBJ iaitu menjelaskan mengenai bentuk MBJ secara setempat. Pengecualian adalah diberikan mengikut merit setiap kes kepada mana-mana jabatan yang memohon untuk menubuhkan MBJ yang berbentuk lain daripada yang dihuraikan dengan mendapat kelulusan JPA. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 3 November 1989. 4. Pada tahun 1992, Sistem Saraan Baru (SSB) telah membawa beberapa perubahan besar dalam struktur Perkhidmatan Awam. Perubahan yang paling ketara ialah pembahagian peringkat kumpulan perkhidmatan kepada tiga (3)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy