Pengurusan Hubungan Majikan-Pekerja

 27 11. Perincian panduan umum mengenai contoh perlembagaan, peraturan penubuhan dan peranan serta lain-lain perkara berkaitan pelaksanaan dan pengurusan mesyuarat MBJ hendaklah dirujuk kepada Garis Panduan Penubuhan dan Perjalanan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan seperti di Lampiran PO.4.2.1(A) . Dalam memastikan pelaksanaan MBJ adalah teratur, Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan perkara- perkara dalam garis panduan tersebut dilaksanakan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa. 12. Kehadiran pegawai ke mesyuarat MBJ adalah sebagai menghadiri tugas rasmi. Pegawai-pegawai yang diarahkan hadir ke mesyuarat MBJ adalah layak untuk dibayar elaun-elaun kerana bertugas rasmi di bawah peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa mengikut kelayakan jawatan hakiki masing-masing seperti tuntutan perjalanan dan bayaran-bayaran lain. 13. Walau bagaimanapun, kehadiran Ahli Pihak Pekerja ke mesyuarat MBJ tidak dianggap sebagai menjalankan tugas hakiki. Pelaporan Mesyuarat MBJ 14. Setiap jabatan yang melaksanakan MBJ perlu mengemukakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat MBJ yang dilaksanakan berserta Jadual Pengelasan dan Penyelesaian Isu kepada pihak Agensi Induk masing-masing serta disalinkan kepada Agensi Pusat bagi tujuan pemantauan keaktifan dan isu-isu yang dibangkitkan. Jabatan digalakkan menggunakan Submodul MBJ HRMIS 2.0 semasa, bagi melaksanakan perkara ini. 15. Berdasarkan minit-minit mesyuarat yang dikemukakan oleh jabatan, pihak Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Agensi Induk perlu memantau keaktifan pelaksanaan mesyuarat di samping memantau prestasi penyelesaian isu MBJ jabatan-jabatan di bawah seliaannya. Seterusnya, Agensi Induk perlu menyediakan Laporan Pemantauan Keaktifan MBJ dan mengemukakannya kepada Agensi Pusat dalam tempoh yang ditetapkan. KESAN KEPADA PERLEMBAGAAN MBJ SEDIA ADA 16. Perubahan dasar pelaksanaan MBJ ini terpakai kepada semua jabatan yang telah diluluskan penubuhan MBJ. Dalam melaksanakan perubahan ini, jabatan boleh terus menggunakan perlembagaan MBJ sedia ada tanpa perlu membuat permohonan pindaan perlembagaan kepada Agensi Pusat untuk mengubah perenggan perlembagaan berkaitan tempoh dan bilangan mesyuarat MBJ dalam setahun.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy