Pengurusan Hubungan Majikan-Pekerja
26 (ii) bilangan mesyuarat MBJ dikurangkan daripada empat (4) kepada tiga (3) kali setahun bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan MBJ dan memberi ruang kepada Pihak Pegawai menyelesaikan isu; dan (iii) memperkenalkan elemen inovasi dan produktiviti dalam bidang kuasa dan fungsi MBJ bagi menggalakkan Pihak Pekerja bersama-sama dengan Pihak Pegawai berbincang ke arah mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan. PELAKSANAAN MBJ Syarat Penubuhan MBJ 7. Semua jabatan Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan dan mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, jabatan perlu menggubal draf perlembagaan MBJ dan mengemukakannya kepada Agensi Pusat untuk tujuan kelulusan sebelum dikuatkuasakan. 8. Dalam keadaan tertentu, Agensi Pusat boleh memberi kelulusan kepada mana- mana jabatan yang memohon untuk menubuhkan MBJ yang lain daripada yang dihuraikan di atas. Jabatan yang telah mendapat kelulusan tersebut boleh meneruskan perjalanan MBJ seperti kelulusan yang telah diberikan. Bidang Kuasa dan Fungsi MBJ 9. Bidang kuasa dan fungsi MBJ meliputi semua perkara yang berkaitan dengan syarat-syarat perkhidmatan dan perjalanan organisasi seperti sistem kerja, pentadbiran, kebajikan, kewangan dan perkhidmatan, kecuali perkara-perkara yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal perseorangan. Selain menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan, ahli-ahli MBJ turut berperanan menyumbang idea-idea inovasi dan produktiviti berkaitan tadbir urus jabatan bagi memastikan peningkatan prestasi secara berterusan. Pengurusan Pelaksanaan MBJ 10. Bagi jabatan yang telah diluluskan penubuhan MBJ, Ketua Jabatan hendaklah memastikan mesyuarat MBJ dilaksanakan tiga (3) kali setahun, iaitu sekali dalam tempoh empat (4) bulan . Namun dalam keadaan tertentu, jabatan boleh melaksanakan mesyuarat MBJ melebihi tiga (3) kali setahun, tertakluk kepada keperluan dan keputusan Pengerusi MBJ jabatan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy