Bab C

51. ( a ) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada kepada guru-guru bagi perkhidmatan yang melayakkan atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti separuh gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab yang berikut sahaja: Cuti separuh gaji. (57). (i) sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan sebuah Lembaga Perubatan (Bab F); mukasurat 13 (ii) sebab-sebab kesihatan seanak saudara yang rapat kepada guru itu; dan (iii) kerana membuat lawatan-sambil-belajar di seberang laut yang telah diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. ( b ) Cuti separuh gaji di bawah ( a ) (iii) tidak boleh diberi melebihi had satu-satu penggal sekolah itu tetapi cuti penggal sekolah yang jatuh sejurus sebelum atau selepas cuti separuh gaji sedemikian boleh digunakan untuk menyambong cuti separuh gaji itu tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. ( c ) Cuti separuh gaji yang diberi di bawah ( a ) (i) dan (ii) yang meliputi kedua-dua tempoh penggal sekolah dan cuti penggal sekolah hendaklah dikira sebagai cuti separuh gaji yang bersambungan. ( d ) Walau apapun perbekalan di ( a ), Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separuh gaji di bawah ( a ) (ii) tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun. Cuti tanpa gaji. 52. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji mengikut perbekalan dalam Perintah Am 14 dengan syarat bahawa sebarang cuti tanpa gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus dianggap sebagai cuti tanpa gaji. CUTI ATAS SEBAB-SEBAB KESIHATAN Mendapat faedah yang sama dengan Kelas A. (58). 53. Kecuali bagi perbekalan Perintah Am 19 guru-guru akan berkelayakan mendapat semua faedah-faedah bercuti atas sebab- sebab kesihatan seperti dalam Perintah Am 15 hingga Perintah Am 33 dengan pengubahsuaian seperti berikut dan seperti dalam Perintah Am 54: (i) sebarang tempoh cuti sakit (Perintah Am 17) tidak akan dibezakan bagi masa dalam cuti penggal sekolah. (ii) dimana dalam Perintah Am 17 (b), Perintah Am 22 ( a ) dan Perintah Am 31 ( a ) (ii) seseorang pegawai dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy