Bab C

( b ) Cuti tugas khas perubatan ini tidak boleh dikumpulkan dan hendaklah diambil dalam tahun yang ianya diperolehi. ( c ) Pegawai-pegawai berikut adalah layak mendapat cuti tugas khas perubatan ini, iaitu; Pegawai yang ber- kelayakan. (i) pegawai-pagawai yang menjalankan tugas X-Ray sepenuh masa dan terdedah kepada pancaran X-Ray; (ii) pegawai-pegawai di pusat-pusat perubatan tertentu dimana jenis- jenis tugas yang dijalankan adalah merbahaya atau tidak digemari. Pusat-pusat perubatan ini hendaklah seperti yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. BAHAGIAN DUA KELAS B (1) PEGAWAI-PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN YANG MENJALANKAN TUGAS-TUGAS DI SEKOLAH 48. ( a ) "Guru" dalam dan bagi maksud bab ini sahaja bermakna seorang pegawai dalarn Perkhidmatan Pelajaran yang menjalankan tugas-tugas di sekolah. Tafsiran. ( b ) "Sekolah" termasuk juga maktab. ( c ) Guru-guru akan layak mendapat cuti-cuti seperti yang dibekalkan atau dibolehkan dalam bahagian ini sahaja. CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN 49. Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang dibekalkan di bawah Perintah Am 7 hingga Perintah Am 12. Tiada cuti rehat. (56). 50. ( a ) Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu. Cuti penggal sekolah boleh di- panggil bertugas. (56). ( b ) Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan diambil kira sebagai perkhidmatan yang melayakkan di bawah tafsiran Perintah Am 1 (ix).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy