Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

22 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 lain apabila mencapai umur empat puluh lima tahun bagi pekerja perempuan atau lima puluh tahun bagi pekerja lelaki jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa yang dia dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan selama tempoh berterusan tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan atau sehingga dia berumur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana yang berkenaan, mengikut mana yang terdahulu. (4) Walau apa pun peruntukan subseksyen (2) dan (3), jika perkhidmatan pekerja itu ditamatkan oleh pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa yang dia dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, atau jika kontrak tidak diperbaharui berkenaan dengan pelantikannya dalam pertubuhan antarabangsa itu, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain. Persaraan demi kepentingan awam 14. Menteri boleh, jika difikirkannya patut, memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pekerja yang bersara di bawah perenggan 10(5) (d) atau (f) , tetapi amaunnya tidak boleh melebihi amaun yang pekerja itu sepatutnya layak mendapat jika sekiranya pencen, ganjaran atau faedah lainnya itu dihitung berdasarkan lama yang sebenar perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira. Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pekerja mati dalam perkhidmatan 15. (1) Tertakluk kepada seksyen 17, jika seseorang pekerja berpencen mati dalam perkhidmatan, Menteri boleh memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu per lima daripada gaji yang akhir diterima oleh pekerja yang mati itu dan ganjaran terbitan atau hanya ganjaran terbitan sahaja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy