Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 21 disifatkan telah bersara dari perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan pada tarikh dia meninggalkan pihak berkuasa itu, dan pekerja itu, jika sekiranya dia mati sebelum mencapai umur lima puluh tahun atau empat puluh lima tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, bagi maksud seksyen 15, disifatkan telah mati dalam perkhidmatan jika pada masa kematiannya dia berada dalam perkhidmatan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa tersebut, atau, jika ketika itu dia tidak berada dalam perkhidmatan tersebut, dia telah berada dalam perkhidmatan tersebut untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan itu. (2) Jika seseorang pekerja berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima tahun bagi pekerja perempuan dan lima puluh tahun bagi pekerja lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan pada atau selepas 17 Mac 1986 mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti di dalam Skim Baru dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur enam puluh tahun jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan itu, dalam hal sedemikian, apa-apa tempoh perkhidmatan tersebut mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti di dalam Skim Baru dengan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya boleh dimasuk kira bagi maksud memberi pencen, ganjaran atau faedah lain itu kepada pekerja itu. (2 A ) Jika seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan „enam puluh‟ dengan perkataan „lima puluh lima‟ atau „lima puluh enam‟ atau „lima puluh lapan‟, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Bagi seseorang pekerja berpencen yang subseksyen (2) tidak terpakai baginya, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy