Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 23 (2) ( Dipotong oleh Akta A1344 ). Pencen terbitan jika seseorang pekerja mati selepas bersara 16. (1) Tertakluk kepada seksyen 17— (a) ( Dipotong oleh Akta A1344 ). (b) jika seseorang pekerja berpencen mati dalam atau selepas tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya Menteri boleh memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan yang sama banyaknya dengan amaun pencen yang dibayar kepadanya: Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian pencen terbitan selepas tamatnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya hendaklah dibuat hanya jika penerimanya— (i) dalam hal seseorang balu atau duda, telah berkahwin dengan pekerja yang mati itu semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan; (ii) dalam hal seseorang anak atau anak tiri tanggungan, adalah seorang anak atau anak tiri tanggungan daripada perkahwinan yang telah berlaku semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan; (iii) dalam hal seseorang anak angkat adalah seorang anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan; atau (iv) dalam hal seseorang anak tidak sah taraf, adalah seorang anak yang dikandungkan semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan. (i) (ii) (i ) (iii)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy