Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

20 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 (ii) seseorang pekerja perkhidmatan bomba yang berpangkat pegawai rendah dan ke bawah; atau (b) lima puluh tahun bagi seseorang pekerja lelaki, selain pekerja yang disebut dalam subperenggan (a) (ii). (3) Jika seseorang pekerja yang dilantik selepas mula berkuat kuasanya seksyen in bersara di bawah subseksyen (1), pekerja sedemikian boleh diberikan pencen hanya apabila mencapai umur lima puluh lima tahun. (3 A ) Seseorang pekerja yang bersara di bawah subseksyen (1) boleh diberi ketika persaraannya ganjaran atau faedah lain. (3 B ) ( Dipotong oleh Akta A1410 ). (4) Tertakluk kepada seksyen 17, jika seseorang pekerja yang telah bersara di bawah subseksyen (1) mati sebelum mencapai umur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun atau lima puluh lima tahun mengikut mana-mana yang berkenaan, Menteri boleh dengan serta-merta memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji yang akhir diterima oleh pekerja yang mati itu dan ganjaran terbitan atau ganjaran terbitan sahaja. (5) ( Dipotong oleh Akta A1344 ). Persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan 13. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), jika seseorang pekerja berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima tahun bagi pekerja perempuan atau berumur lima puluh tahun bagi pekerja lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan, walau bagaimana jua cara ianya ditubuhkan dan sama ada atau tidak Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan di dalamnya, sama ada secara langsung atau sebaliknya, atau dalam mana-mana pertubuhan antarabangsa yang mana Kerajaan menjadi anggota, dia boleh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy