Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 19 (7) Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seseorang pekerja yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012. (8) Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pekerja yang dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun. (9) Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (8) tidak boleh dibatalkan. Persaraan dengan kehendak Menteri 11. Walau apa pun peruntukan seksyen 10 dan 12, dengan persetujuan pekerja itu, Menteri boleh menghendaki seseorang pekerja supaya bersara pada mana-mana peringkat umur— (a) atas alasan kepentingan negara; atau (b) demi kepentingan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan. Persaraan pilihan 12. (1) Pihak berkuasa yang berkenaan boleh, dengan kelulusan pihak berkuasa pencen atas permohonan pekerja itu, memberi persetujuan tentang persaraan seseorang pekerja apabila atau selepas mencapai umur empat puluh tahun. (2) Jika seseorang pekerja yang dilantik sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pekerja sedemikian boleh diberikan pencen hanya apabila mencapai umur— (a) empat puluh lima tahun bagi— (i) seseorang pekerja perempuan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy