Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

18 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 dan dengan itu menghasilkan lebih lagi kecekapan atau ekonomi; (d) atas alasan bahawa pekerjaan pekerja itu telah ditamatkan demi kepentingan awam; (e) atas alasan bahawa pekerja itu dengan sukarelanya (selain perkahwinan) telah memperoleh kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain Malaysia atau atas alasan bahawa pekerja itu telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya; atau (f) atas alasan bahawa pekerja itu telah, bagi maksud pelantikannya ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan— (i) membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, sama ada bersumpah atau selainnya; atau (ii) membekalkan apa-apa dokumen, yang palsu, silap, tidak tepat, tidak lengkap, atau mengelirukan atau mungkin mengelirukan, dan pelantikannya ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan telah dibuat sebahagiannya atau keseluruhannya dengan bersandarkan atas pernyataan, maklumat atau dokumen itu: Dengan syarat bahawa persaraan itu di bawah perenggan ini tidak boleh dilaksanakan melainkan pekerja itu telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi ke atasnya kepada pihak berkuasa yang berkenaan tersebut. (6) Perenggan (5) (f) hendaklah terpakai hanya bagi pekerja yang dilantik ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy