Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 82 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 f. sebarang penyambungan rangkaian yang bukan di bawah kawalan JPA adalah tidak dibenarkan. K09/02 Pengurusan Penghantaran dan Penerimaan Maklumat Bertujuan untuk memastikan keselamatan penghantaran dan penerimaan maklumat dan perisian dalam agensi dan manamana entiti luar terjamin. Langkah-langkah bagi menjamin keselamatan penghantaran dan penerimaan maklumat adalah seperti yang berikut: a. polisi, prosedur dan kawalan penghantaran dan penerimaan maklumat yang formal perlu diwujudkan untuk melindungi maklumat melalui penggunaan pelbagai jenis kemudahan komunikasi; b. perjanjian perlu diwujudkan untuk penghantaran dan penerimaan maklumat dan perisian di antara JPA dengan pihak luar; c. media yang mengandungi maklumat perlu dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan, penyalahgunaan atau kerosakan semasa pemindahan dan penerimaan; d. maklumat yang terdapat dalam mel elektronik perlu dilindungi sebaik-baiknya; dan e. polisi dan prosedur perlu dibangunkan dan dilaksanakan bagi melindungi maklumat yang berhubung kait dengan sistem maklumat JPA. Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy