Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 83 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 K09/03 Pengurusan Mel Elektronik (E-mel) Penggunaan e-mel di JPA hendaklah dipantau secara berterusan oleh Pentadbir E-mel untuk memenuhi keperluan etika penggunaan e-mel dan Internet. Di antara prosedur-prosedur pengurusan e-mel termasuk: a. mengehadkan jenis dan saiz fail lampiran bagi tujuan mengelakkan jangkitan virus dan serangan e-mel bombing; b. penghantaran dokumen rasmi hendaklah menggunakan emel rasmi jabatan sahaja; c. penggunaan e-mel JPA bagi tujuan peribadi adalah tidak dibenarkan; d. pentadbir e-mel perlu menetapkan had minimum kuota mailbox mengikut gred; e. pengemaskinian e-mel hendaklah dibuat sekiranya mailbox pengguna tidak aktif selama satu (1) bulan kecuali menerima pemakluman rasmi bagi mengesahkan pengguna mailbox masih aktif; f. penghantaran lampiran dalam format atau extension “*.exe, *.bat” dan “ *.com” tidak dibenarkan; g. hanya warga JPA atau pengguna yang dibenarkan sahaja boleh dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan e-mel rasmi jabatan; h. penyelaras ICT Bahagian perlu memaklumkan sebarang status pengguna (bertukar jabatan, bersara, diberhentikan, tidak dapat dikesan, bertukar keluar atau masuk ke JPA) di Pentadbir E-mel, Penyelaras ICT Bahagian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy