Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 81 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 KAWALAN 09: KESELAMATAN KOMUNIKASI Objektif Memastikan sistem yang dibangunkan sendiri atau oleh pihak pembekal mempunyai ciri-ciri keselamatan maklumat dan komunikasi yang bersesuaian. K09/01 Pengurusan Rangkaian Infrastruktur Rangkaian perlu dikawal dan diuruskan sebaik mungkin demi melindungi ancaman kepada sistem dan aplikasi dalam rangkaian. Langkah-langkah bagi menangani ancaman ke atas rangkaian adalah seperti yang berikut: a. semua tanggungjawab atau kerja-kerja operasi rangkaian dan komputer hendaklah diasingkan untuk mengurangkan capaian dan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan; b. capaian kepada peralatan rangkaian hendaklah dikawal dan terhad kepada pengguna yang dibenarkan sahaja; c. semua capaian kepada Internet dan sistem aplikasi mestilah melalui firewall; d. memasang perisian IPS bagi mengesan dan menghalang sebarang cubaan menceroboh dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengancam sistem dan maklumat JPA; e. memasang Web Content Filter untuk menyekat aktiviti yang dilarang; dan Pentadbir Rangkaian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy